Saturday, December 17, 2011


Pengenalan Merimbun Food Industry

          Merimbun Food Industry merupakan satu lagi industri kecil dan sederhana dalam bidang pemakanan yang juga menghasilkan kuih tradisional. Bertempat di KM. 19, Jalan Putra, Air Hitam, 06150, Alor Star, Kedah Darul Aman. Perusahaan ini ditubuhkan oleh Pn. Ruzita bt Ahmad yang pada masa itu berusia 18 tahun pada tahun 1990. Pada ketika ini, Puan Ruzita hanya mengusahakan Tasnim Produk yang kini telah ditukar nama perniagaannya kepada Merimbun Food Industri. Beliau bermula secara kecil-kecilan dengan bermodalkan kurang dari RM100 dan hanya menggunakan dapur rumahnya sebagai tempat membuat kuih.

        Pada mula pembabitan beliau dalam bidang ini, beliau hanya mengeluarkan sejenis kuih iaitu bahulu. Beliau hanya mengusahakan perniagaan ini berseorangan dan mendapat sokongan dari keluarga. Bermula pada tahun 1994, beliau mula mengambil pekerja untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Dengan bertambahnya jumlah tenaga pekerja, beliau dapat menambahkan kuantiti pengeluaran perniagaannya. 


No comments:

Post a Comment