Saturday, December 17, 2011



Pembangunan dan Latihan Bahulu Shoppe

Bahulu Shoppe juga mengadakan kursus jangka pendek kepada orang ramai yang ingin belajar cara membuat bahulu.  Kursus ini diadakan selama dua hari dengan bayaran RM500 dan diadakan di premis Bahulu Shoppe. Setiap peserta akan diberikan sijil selepas tamat menghadiri khusus tersebut.  Kursus ini dikendalikan oleh En. Hamit sendiri dengan bantuan oleh isteri dan juga anak perempuan beliau. Beliau juga akan mengajar cara-cara menjalankan perniagaan kepada peserta kursus secara terperinci berdasarkan pengalaman dan ilmu yang ada pada En.Hamit. Kebanyakan peserta yang hadir untuk kursus di Bahulu Shoppe ini berasa amat berpuas hati kerana mereka bukan sahaja dapat mengetahui cara membuat bahulu dengan betul, namun dapat mengetahui cara memulakan perniagaan khususnya perniagaan bahulu ini. 

Berikut adalah gambar-gambar peserta sepanjang mengikuti kursus di Bahulu Shoppe :-











Jika anda berminat untuk mengikuti kursus ini, bolehlah menghadiri kursus ini di PPK BAHAGIAN MADA C-1, KM 1, JALAN RAJA SYED ALWI, 01000 KANGAR,PERLIS. 






No comments:

Post a Comment