Sunday, December 18, 2011


Pengenalan Bahulu Shoppe



Bahulu Shoppe merupakan industri kecil dan sederhana dalam bidang pengeluaran makanan kuih tradisional. Perusahaan ini bertempat di PPK BAHAGIA MADA C-1, KM 1, JALAN RAJA SYED ALWI, 01000 KANGAR. PERLIS. Perniagaan ini ditubuhkan oleh En. Abdul Hamit b Majid yang merupakan seorang bekas guru. Beliau mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah pada tahun 2004.

Pada mula pembabitan beliau dalam bidang pembuatan bahulu ini, beliau menghadapi kegagalan untuk menghasilkan bahulu. Hal ini kerana pembuatan bahulu perlu menggunakan teknik yang betul untuk menghasilkan bahulu yang lembut dan enak. Ditambah pula dengan peralatan yang tidak mencukupi lebih menyukarkan lagi En.Hamit untuk menghasilkan bahulu. Namun, beliau sentiasa mendapat sokongan padu dari isteri dan keluarganya menyebabkan beliau tidak berputus asa untuk terus mencuba.

Beliau kemudiannya mengubahsuai resepi asal untuk menghasilkan rasa yang lebih unik.  Mulanya  beliau hanya menjual bahulu kepada kenalan rapat secara kecil-kecilan. Kemudian mula merasakan yang beliau boleh melangkah lebih jauh dan berazam untuk membuka perniagaan menghasilkan bahulu. Hasrat beliau itu telah dikemukan kepada MADA. Setelah melihat kesungguhan En. Hamit, MADA telah bersetuju untuk memberi bantuan permulaan berupa wang ringgit, peralatan, dan juga permis perniagaan. 

Maklumat Tambahan :-

Waktu Operasi : Isnin-Jumaat
Waktu Pernigaan : 8am-6pm
Contact No. : 019-4214612 ( En. Hamit)
(Turut menyediakan tempahan utk majlis2 jamuan am serta kenduri)


No comments:

Post a Comment