Sunday, December 18, 2011

Welcome Myspace Comments

Kami dari group subjek Pengurusan Pengeluaran Operasi telah ditugaskan untuk mengkaji tentang pengeluaran makanan dari pelbagai jenis makanan. Disini, kami telah sepakat untuk memilih kajian tentang pengeluaran bahulu. Untuk mengetahui secara lebih terperinci tentang hasil kajian kami...jangan lupa membaca setiap entry di blog kami...:-)

Members Group

 



  


 







Pengenalan Bahulu Shoppe



Bahulu Shoppe merupakan industri kecil dan sederhana dalam bidang pengeluaran makanan kuih tradisional. Perusahaan ini bertempat di PPK BAHAGIA MADA C-1, KM 1, JALAN RAJA SYED ALWI, 01000 KANGAR. PERLIS. Perniagaan ini ditubuhkan oleh En. Abdul Hamit b Majid yang merupakan seorang bekas guru. Beliau mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah pada tahun 2004.

Pada mula pembabitan beliau dalam bidang pembuatan bahulu ini, beliau menghadapi kegagalan untuk menghasilkan bahulu. Hal ini kerana pembuatan bahulu perlu menggunakan teknik yang betul untuk menghasilkan bahulu yang lembut dan enak. Ditambah pula dengan peralatan yang tidak mencukupi lebih menyukarkan lagi En.Hamit untuk menghasilkan bahulu. Namun, beliau sentiasa mendapat sokongan padu dari isteri dan keluarganya menyebabkan beliau tidak berputus asa untuk terus mencuba.

Beliau kemudiannya mengubahsuai resepi asal untuk menghasilkan rasa yang lebih unik.  Mulanya  beliau hanya menjual bahulu kepada kenalan rapat secara kecil-kecilan. Kemudian mula merasakan yang beliau boleh melangkah lebih jauh dan berazam untuk membuka perniagaan menghasilkan bahulu. Hasrat beliau itu telah dikemukan kepada MADA. Setelah melihat kesungguhan En. Hamit, MADA telah bersetuju untuk memberi bantuan permulaan berupa wang ringgit, peralatan, dan juga permis perniagaan. 

Maklumat Tambahan :-

Waktu Operasi : Isnin-Jumaat
Waktu Pernigaan : 8am-6pm
Contact No. : 019-4214612 ( En. Hamit)
(Turut menyediakan tempahan utk majlis2 jamuan am serta kenduri)


Aktiviti-Aktiviti Bahulu Shoppe

Aktiviti utama Bahulu Shoppe adalah menjual bahulu kepada orang awam, jabatan kerajaan, majlis-majlis keramaian dan banyak lagi. Terdapat pelbagai jenis perisa bahulu yang telah dihasilkan oleh Bahulu Shoppe sendiri. 


Bahulu perisa asli, pandan, oren, strawberry dan cappuccino.

Bahulu shoppe juga membuat bahulu yang dicampurkan dengan jem, muffin dan pelbagai kek bahulu iaitu kek yang mempunyai topping icing, kek mahsuri dan kek marble. 







Selain itu, Bahulu Shoppe juga mengambil tempahan kuih raya. Apabila tiba musim perayaan, Bahulu Shoppe akan membuat kuih raya dan akan dipasarkan di kedai Bahulu Shoppe sendiri. Pelbagai kuih raya Bahulu Shoppe jual..Jom kita tengok gambar-gambar dibawah...sedap!!!!








Tidak lupa juga, Bahulu Shoppe juga membuat kek dan roti. Sesiapa yang ingin meraikan hari lahir untuk someone special ataupun untuk kawan-kawan, anda boleh juga menempah di Bahulu Shoppe ini..Lets go to look the picture...yuummmmyyyyy!!!...^_^




















Saturday, December 17, 2011



Pembangunan dan Latihan Bahulu Shoppe

Bahulu Shoppe juga mengadakan kursus jangka pendek kepada orang ramai yang ingin belajar cara membuat bahulu.  Kursus ini diadakan selama dua hari dengan bayaran RM500 dan diadakan di premis Bahulu Shoppe. Setiap peserta akan diberikan sijil selepas tamat menghadiri khusus tersebut.  Kursus ini dikendalikan oleh En. Hamit sendiri dengan bantuan oleh isteri dan juga anak perempuan beliau. Beliau juga akan mengajar cara-cara menjalankan perniagaan kepada peserta kursus secara terperinci berdasarkan pengalaman dan ilmu yang ada pada En.Hamit. Kebanyakan peserta yang hadir untuk kursus di Bahulu Shoppe ini berasa amat berpuas hati kerana mereka bukan sahaja dapat mengetahui cara membuat bahulu dengan betul, namun dapat mengetahui cara memulakan perniagaan khususnya perniagaan bahulu ini. 

Berikut adalah gambar-gambar peserta sepanjang mengikuti kursus di Bahulu Shoppe :-











Jika anda berminat untuk mengikuti kursus ini, bolehlah menghadiri kursus ini di PPK BAHAGIAN MADA C-1, KM 1, JALAN RAJA SYED ALWI, 01000 KANGAR,PERLIS. 







Pengenalan Merimbun Food Industry

          Merimbun Food Industry merupakan satu lagi industri kecil dan sederhana dalam bidang pemakanan yang juga menghasilkan kuih tradisional. Bertempat di KM. 19, Jalan Putra, Air Hitam, 06150, Alor Star, Kedah Darul Aman. Perusahaan ini ditubuhkan oleh Pn. Ruzita bt Ahmad yang pada masa itu berusia 18 tahun pada tahun 1990. Pada ketika ini, Puan Ruzita hanya mengusahakan Tasnim Produk yang kini telah ditukar nama perniagaannya kepada Merimbun Food Industri. Beliau bermula secara kecil-kecilan dengan bermodalkan kurang dari RM100 dan hanya menggunakan dapur rumahnya sebagai tempat membuat kuih.

        Pada mula pembabitan beliau dalam bidang ini, beliau hanya mengeluarkan sejenis kuih iaitu bahulu. Beliau hanya mengusahakan perniagaan ini berseorangan dan mendapat sokongan dari keluarga. Bermula pada tahun 1994, beliau mula mengambil pekerja untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Dengan bertambahnya jumlah tenaga pekerja, beliau dapat menambahkan kuantiti pengeluaran perniagaannya. 




Penghasilan Pengeluaran Makanan Merimbun Food Industri

Merimbun Food Industry bukan saja tertumpu pada pembuatan bahulu sahaja malah mengeluarkan pelbagai jenis kuih tradisional yang lain. Produk-produk yang ditawarkan ialah seperti berikut :-









Berbanding dengan Bahulu Shoppe, Merimbun lebih banyak mengeluarkan pelbagai jenis produk dan tidak menumpukan pada pengeluaran bahulu sahaja.Dengan adanya pelbagai jenis produk ini, pelanggan lebih banyak pilihan. 





Photography

Picture Sesi Lawatan dan Temuduga